Kali ini saya nak bercerita tentang isu gemuk di kalangan wanita. Termasuklah saya.
Sewaktu usia muda dan belum berkahwin, saya tak heran sangat dengan isu berat badan berlebihan ni sebenarnya. Masa tu pun tak gemuk dan bukan nak kena berhias untuk sesiapa pun.
Tetapi, dilema dan konflik ini timbul selepas berkahwin dan lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Saya melihat ada dua perkara penting yang menyebabkan seseorang itu akan memandang serius terhadap isu berat badan. Oopss..tiga sebenarnya.
1. Bila keluarga mentua yang kebanyakannya cantik2 dan slim memandang dan sesekali membuat ice breaking dengan " Nampak gemuklah sekarang ye" ( kalau kengkawan yang cakap macam tu bolayan je)
2. Bila sebelum gemuk saiz baju dah xl, jadi bila dah bertambah berat badan mana nak cari saiz xxl ke, xxxxxl ke. Kat malaysia ni saiz kasut 9 pun susah nak jumpa apatah lagi baju. Kalau buat tak tahu pakai je baju yg dulu tu, sendat dan fit, dah tak menutup aurat lah pulak. (Dilemma ini takkan terasa sangat untuk org yg kecil molek yang asal dah size s, m sebab klau naik berat badan pun akan jadi saiz l, xl. Saiz tu masih mampu cari lagi di market malaysia)
3. Bila dah bertambah berat, akan mula sakit badan, sakit lutut, gastrik etc. Mula cari suplement yang kebanyakannya persuade untuk jana income. Nak cari masa exrcise pun tak sempat apatah lagi nak jumpa customer malam2 , masa kerja, petang2 bila balik kerja, hujung minggu pergi training bagai. Training online tak boleh ke? Dan kalau untuk consume sendiri, akan dianggap alien ke?
Nak buat tak tahu, pun tak boleh. Nak buat tahu pun macamana ni. Lebih-lebih lagi kawan-kawan semua tak ada yang berbadan gergasi macam saya...uwaaa..
Ada sesiapa boleh beri pandangan? Jom discuss kat sini..
Ceritera Blog Akirahumaira.Com
Blog ini merakamkan catatan ringkas Akira Humaira tentang:
- catatan kembaranya apabila dia pergi mengembara
- anekdot kehidupan apabila dia memerhati sekeliling yang dijumpainya dalam Ekspresi, Inspirasi
- logbook kehidupan sebagai seorang researcher dalam Another Chapter Begin
- ulasan buku yang dibacanya dalam Me and Book
- contengan kreatif apabila datang 'gila berkarya' nya dalam Dunia Lain
Sebahagiannya merupakan siri 'Unfortunate Events' walhal penulisnya adalah seorang yang periang dan kadangkala sinis
Enjoy Reading..

Friday, April 5, 2013
Thursday, March 28, 2013
e164 Berakhirnya musim panas
Sudah ada tanda- tanda akan berakhirnya musim panas di sini. Malam-malam kebiasaannya akan turun hujan. Alhamdulillah.
Sangat jealous bila melihat ibu bapa membawa anak-anakmbermain petang hari atau kadangkala berpimpin tangan di tengah hari yang panas. Kadang-kadang my kids tanya soalan cepuemas.
" mama, kenapa diorang boleh makan aiskrim selamba je tapi amirah tak boleh?"
" it is just you are so special"
Pernah bawa anak main di playground petang, dan malam demam. Kalau saya ni memang duduk di rumah, tak apa. Tapi kalau kerja, berapa kali nak kena ambil cuti.
Kalau mereka dah lama tak makan aiskrim, kena plan bawa mereka ke tanah tinggi such as cameron highland, genting highland, bukit tinggi, fraser hill, dan highland yg lain dalam malaysia ni sebab hanya tempat sejuk je mereka boleh makan aiskrim.
Nak plan bawa diorang jalan-jalan pun agak payah kerana malaysia rata-rata sangat panas. Dan diorang dan saya sendiri tak boleh panas. Kalau saya, dalam musim panas ni, memang demam tak kebah-kebah. Kadang'kadang makna sebulan dua. Samalah anak-anak saya.
Kalau terdedah dengan panas, saya akan sakit kepala/ pitam. Badan jadi sangat lesu. Dan boleh selsema atau batuk tak semena-mena.
Memang looking forward hujung tahun sebab masa tu musim sejuk, dengan kerap hujan. Masa tu baru boleh jalan-jalan waktu siang dengan happynya.
Sedikit sebanyak effect juga dengan jadual study. Awal tahun hingga tengah tahun adalah waktu tak produktif saya. Saya perlukan hujan yang kerap untuk saya lebih produktif..
Alhamdulillah ala kulli hal.

Subscribe to:
Posts (Atom)